Tuesday, March 17, 2009

The Limbang Story - Which one is true?

We have been informed that the PM mission to Brunei is a very successful since our media told that the Brunei governmnet finally drop their claim on Limbang. According to our local media, all the matters that were being discussed were documented in the “Letter of Exchange”. So as a naive person, I do some digs on what sort of things that being exchanged between two countries (yah, since it is called “Letter of Exchange”). Unfortunately I didn’t find the whole contents but I found other things that shocking me. I don’t want to comment the articles below since it may end me up in trouble.

This is what I found in the Brunei news and 2 news by our local media. Which one is true?

Brunei Denies Limbang Story 
By Azlan Othman

Bandar Seri Begawan - YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awg Lim Jock Seng, Minister of Foreign Affairs and Trade II, yesterday said claims on Limbang were never discussed during Monday's deliberations between Brunei and Malaysia.

He was responding to YB Dato Paduka Hj Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin's query on the contents of the "Letter of Exchange" signed between Brunei and Malaysia, which also touched on Brunei's claims over Limbang at the Legislative Council meeting yesterday.

Pehin Lim said there were certain press reports yesterday claiming that Brunei has dropped claims over Limbang.

"In actual fact, the claim on Limbang was never discussed. What was discussed was the demarcation of land boundaries on the whole," he said.

"The joint press statement issued yesterday mentioned that the demarcation of the land boundaries between the two countries will be resolved on the basis of five existing historical agreements between the Government of Brunei and the State of Sarawak, and, as appropriate, the watershed principle.

"After that a working group comprising general surveyors of the two countries will follow with the technical aspect to solve the land border issue," Pehin Lim added.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Malaysian Prime Minister Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi held a four-eye meeting at the Istana Nurul Iman on Monday and signed the Exchange of Letters to mark the successful conclusion of negotiations.

The negotiations have been ongoing for many years on outstanding bilateral issues between the two countries with regard to historical, legal and other relevant criteria involving both sides.

Both noted the agreement of their respective governments on the key elements contained in the Exchange of Letters, which included the final delimitation of maritime boundaries between Brunei Darussalam and Malaysia, the establishment of Commercial Agreement Area (CAA) on oil and gas, the modalities for the final demarcation of the land boundary between Brunei Darussalam and Malaysia and unsuspendable rights of maritime access for nationals and residents of Malaysia across Brunei's maritime zones en route to and from their destination in Sarawak, Malaysia provided that Brunei's laws and regulations are observed.

Meanwhile, YB Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Adanan, the Minister of Home Affairs, said an allocation has been made in the budget to upgrade the Kuala Lurah Control Post.

After the border issue between Brunei and Malaysia is resolved, work will be carried out to identify the site.

He was responding to a query by YB Dato Paduka Hj Puasa on the long queues that border hoppers normally experience during school holidays, Hari Raya and other public holidays and the need to upgrade Pandaruan ferry services and Puni Control Post in Temburong.

YB Dato Paduka Hj Puasa added that the opening of a new bridge soon in Trusan, Lawas will further aggravate the situation should these control post projects are not carried out.  -- Courtesy of Borneo Bulletin 

http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Mar09/18/nite01.htm

 

Limbang: Pemimpin politik Sarawak sambut baik

KUCHING 17 Mac - Pemimpin parti politik di negeri menyambut baik pengguguran tuntutan ke atas Limbang oleh Brunei Darussalam selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran di Istana Nurul Iman pada pukul 12.05 tengah hari semalam.

Menurut mereka, langkah itu akan menjadikan usaha kerajaan memajukan Limbang akan berjalan lancar sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, mereka berpendapat, pengguguran itu juga akan memberi faedah kepada rakyat negara ini yang kerap menggunakan laluan negara berkenaan untuk berurusan.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Opengberkata, keputusan Brunei menggugurkan tuntutan wilayah ke atas Limbang akan memacu pembangunan di kawasan sempadan itu secara lebih terperinci dan teratur.

Katanya, pembangunan yang sedang dirancang kerajaan negeri di kawasan berkenaan seperti pembinaan empangan hidroelektrik Sungai Limbang akan memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kawasan.

"Kita menyambut baik pengguguran itu kerana ia jelas memberi faedah dalam jangka masa panjang kepada penduduk di kedua-dua belah negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelantikan dan Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Lundu dekat sini.

Isu Limbang selama ini meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan dilema kerana wilayah itu agak unik kerana memisahkan dua kawasan daratan di Brunei.

Selain masalah persempadanan darat di Limbang, penemuan sumber baru minyak di kawasan seluas 150 kilometer oleh Petronas turut mencetuskan masalah persempadanan maritim kedua-dua negara berjiran itu.

Dengan pengguguran itu, ia menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih kedua belah negara yang berlarutan sejak 1995.

Bagi Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dr. James Jemut Masing berkata, beliau mengalukan-alukan tindakan Brunei menggugurkan tuntutan mereka ke atas Limbang.

Menurutnya, ia akan memudahkan urusan rakyat negara ini yang kerap keluar masuk ke negara berkenaan untuk berurusan.

"Ia hadiah terbaik kepada Perdana Menteri kerana beliau berjaya menyelesaikan isu tersebut sebelum beliau bersara.

"Kami berterima kasih dengan kejayaan Abdullah kerana menyelesaikan isu ini yang jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom pula memberitahu, pengguguran tuntutan itu usaha baik dari kerajaan Brunei untuk membina hubungan yang kukuh dengan kerajaan Malaysia.

Katanya, rakyat negara ini akan mendapat manfaat yang sewajarnya daripada pengguguran itu yang membolehkan hak mereka untuk menggunakan laluan di negara berkenaan.

"Jelas ia menunjukkan petanda baik bagi kedua-dua negara dalam membina hubungan yang kukuh serta memberi manfaat kepada negara masing-masing," katanya.

 

(Utusan Malaysia )

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm&arc=hive

 

Era baru Malaysia-Brunei

Bandar Seri Begawan
Daripada MARZUKI YUSOFF

KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika memaklumkan kepada pemberita bahawa isu persempadanan dan tuntutan bertindih antara Malaysia dengan Brunei Darussalam diselesaikan di meja rundingan.

Tentunya hasil rundingan itu sangat besar maknanya kepada Abdullah. Beliau telah pun berusaha keras - sejak menjadi Menteri Luar - menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak 1995 itu. Isu itu berakhir dengan keputusan menggembirakan ketika Abdullah akan menyerahkan pucuk pimpinan negara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Alhamdulillah, kini semuanya selesai," luah Abdullah pada sidang akhbar di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini. Sidang itu diadakan selepas beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah menandatangani Pertukaran Surat yang menandakan bahawa perkara-perkara pokok melibatkan isu sempadan sama ada di darat dan maritim telah dipersetujui bersama.

Detik bersejarah itu berlaku tepat pukul 12.04 tengah hari di Istana Nurul Iman. Sebelum berlangsungnya majlis menandatangani Pertukaran Surat itu, para pemimpin termasuk Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtahdee Billah dan pegawai tinggi kedua-dua negara yang berkumpul di Bilik Kabinet istana itu kelihatan mesra dan kerap kali terdengar ketawa besar dari ruangan itu.

Melihat kepada kemesraan itu, penulis percaya pihak Brunei sendiri berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai iaitu tiada pihak yang menang atau kalah. Persetujuan dicapai atas dasar situasi menang-menang.

Tolak ansur dan semangat setiakawan antara pemimpin kedua-dua negara seperti kata Abdullah sebenarnya menjadi kunci kepada penyelesaian isu-isu tersebut. Atas semangat itu jugalah di bawah pakej penyelesaian tersebut, Brunei telah menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang. Daerah di utara Sarawak itu unik kerana memisahkan dua kawasan darat negara itu.

Mengikut sejarah, Limbang menjadi milik Sarawak pada 1890 ketika di bawah pentadbir British, Sir James Brooke yang menjadi "Rajah" pertama negeri itu.

Walaupun hanya berfungsi sebagai pekan sempadan yang kecil seperti Bukit Kayu Hitam di utara Semenanjung, Limbang yang berpenduduk lebih 50,000 orang menjadi tumpuan rakyat Brunei kerana kedudukannya yang hampir dengan Bandar Seri Begawan.

Menurut rakan-rakan wartawan tempatan, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari di mana pekan Limbang menerima ribuan tamu dari negara jiran itu, selain pekan berkenaan menjadi antara laluan terdekat ke Taman Negara Mulu.

Mengikut statistik Tourism Malaysia, walaupun penduduk Brunei hanya kurang 400,000 orang, tetapi ia menduduki tempat keempat terbanyak daripada segi jumlah pelancong yang melawat Malaysia pada 2007 dan 2008.

Pada 2008, sebanyak 1,085,115 rakyat Brunei melawat Malaysia. Untuk tempoh bulan Januari tahun ini sahaja, jumlah penduduk negara itu yang melancong ke negara kita ialah 102,054. Jumlah itu boleh dianggap besar pada ketika dunia menghadapi krisis ekonomi global.

Selain Malaysia dapat menarik nafas lega dengan pengguguran secara rasmi hak Brunei ke atas Limbang, pakej penyelesaian itu menamatkan kemelut mengenai isu sempadan maritim terutama melibatkan Zon Ekonomi Eksklusif (EEC) yang telah lama membantutkan usaha kedua-dua negara untuk memajukan kawasan perairan yang menjadi rebutan tersebut.

Difahamkan, inisiatif bagi menyelesaikan isu persempadanan kedua-dua negara itu bermula pada 1994 tapi perundingan secara serius hanya bermula pada 1997.

Pada 2003, Malaysia dan Brunei lebih komited untuk menangani isu-isu persempadanan itu terutama dengan penemuan baru sumber minyak oleh Petronas di kawasan kira-kira 150 kilometer dari perairan Sabah pada 2002. Anggaran minyak yang terkandung di dasar perairan itu begitu besar iaitu lebih 700 juta tong.

Malaysia telah lama menuntut kawasan itu sebagai sebahagian daripada EEZ miliknya, manakala Brunei turut membuat tuntutan yang sama.

Keadaan menjadi menjadi bertambah rumit apabila kedua-dua negara mengupah beberapa buah syarikat cari gali luar bagi mengendalikan blok-blok yang kaya dengan minyak tersebut.

Bagi membetulkan keadaan, Malaysia dan Brunei bersetuju untuk menghentikan kerja-kerja mencari gali di perairan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada sidang akhbar Ahad lalu berkata, kedua-dua negara terlibat dalam lebih 30 rundingan sejak enam tahun lalu sehingga mencapai kesepakatan menyelesaikan isu-isu berbangkit secara pakej.

"Penyelesaian secara pakej itulah yang berjaya mengakhiri isu-isu sempadan dan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara," tegas Rais.

Seperti yang dinyatakan oleh Abdullah, Rais sependapat bahawa isu besar itu sukar diatasi tanpa adanya sikap tolak ansur kedua-dua negara.

Isu persengketaan sempadan jika tidak dapat ditangani secara bijaksana, kadang-kadang boleh mengheret negara-negara terlibat ke kancah perang. Atau sekurang-kurangnya ke mahkamah antarabangsa di The Hague seperti kes Batu Putih yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura sebelum ini. Tetapi Alhamdulillah Malaysia dan Brunei - dua negara rumpun Melayu - memilih kaedah kesepakatan atas semangat ASEAN.

Sultan Brunei pada 2004 mengingatkan bahawa berasaskan kepada hubungan yang begitu akrab dan mesra kedua-dua negara maka sebarang isu yang dihadapi dapat direalisasikan berasaskan semangat dan permuafakatan.

Berdasarkan kepada sikap itulah, pucuk pimpinan kedua-dua buah negara berharap semangat muhibah dalam menyelesaikan isu-isu sedemikian akan dijadikan panduan dalam perbincangan seterusnya supaya kata sepakat dapat dicapai.

Apa yang dikatakan oleh baginda Sultan Brunei pada 2004 itu telah direalisasikan melalui pakej penyelesaian yang ditandatangani Ahad lalu.

Abdullah sendiri amat menghargai peranan yang dimainkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah. Penyelesaian kepada isu sempadan darat dan maritim termasuk penentuan zon-zon komersial, akan membolehkan kedua-dua negara mendapat manfaat daripada sumber kekayaan baru yang sebelum ini terhalang.

Selain itu yang lebih penting, Perdana Menteri tidak mahu melihat isu-isu sempadan tersebut menjadi duri dalam daging dan "menghantui" dalam hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Brunei.

"Hubungan Malaysia-Brunei kini memasuki era baru yang akan memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara tanpa dihantui lagi oleh sebarang prasangka," kata Perdana Menteri.

Seperti kata orang Melayu lama, 'Kita berbudi kepada mereka yang berbudi'. Tentunya Malaysia dan Brunei akan saling menghargai budi yang masing-masing telah hulurkan.

PENULIS ialah Pengarang Prosesan Utusan Malaysia

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

 

 

 

 

 

 

 

1 comment: