Wednesday, March 18, 2009

KEPADA PAK UBAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke 28 sebagai Ketua Menteri Sarawak kepada Pak Uban. Semoga masih lagi sihat dan berupaya meneruskan kerja kerja harian Pak Uban. Saya bukan lah salah seorang penyokong setia Pak Uban malah bukan juga peminat PBB -BN. Namun ucapan ini hanya lah kerana Pak Uban masih lagi Ketua Menteri negeri saya. Tujuan saya menulis artikel ini bukan lah kerana nak membodek cuma nak menyambut kedatangan Pak Uban ke Bintulu kerana dengar dengarnya Pak Uban berhasrat untuk menyambut ulang tahun ini di Bintulu. Saya sungguh gembira kerana Pak Uban masih sudi mahu datang ke Bintulu.

Sebenarnya saya mempunyai satu permintaan dan saya berharap agar Pak Uban sudi mengkabulkan permintaan saya. Permintaan saya ialah apabila sampai di Lapangan Terbang Bintulu nanti, janganlah terus menggunakan helikopter untuk ke tempat majlis. Gunakanlah jalan raya yang ada untuk ke destinasi yang dituju. Bukan apa, apabila Pak Uban berhasrat menggunakan kereta, maka saya percaya pada waktu itulah pihak JKR / BDA baru terhegeh hegeh nak betulkan jalan raya yang Pak Uban akan lalui.

Mungkin kalau Pak Uban ada masa nanti, silalah melawat ke beberapa destinasi penting di Tanjung Kidurong seperti MLNG, Bintulu Port dan sekali lagi tolonglah jangan gunakan helikopter untuk ke sana. Gunakanlah jalan raya yang ada. Hanya dengan adanya Pak Uban melalui jalan raya Tg Kidurong, maka barulah kami dapat menikmati jalan raya berstatus A+++. Mungkin pada ketika itu nanti Pak Uban tak akan merasa apa apa ketika melalui jalan Tg Kidurong itu nanti kerana jalan raya di sana sudah pun licin bak Auto Bahn. Mesti Pak Uban kata saya ni menipu tapi saya tak kisah asalkan objektif kami di yang setiap hari melalui jalan ini tercapai.  Sebagai penyumbang gas asli terbesar di Malaysia malah merupakan penyumbang tunggal 5% daripada pendapatan negara, maka sepatutnya jalan raya ke kawasan kawasan ini haruslah setaraf dengan statusnya.

Saya masih ingat lagi ketika Pak Uban datang ke Bintulu pada tahun lepas bagi merasmikan Taman Milenium Bintulu, pada ketika itulah juga pihak JKR/BDA baru terhegeh hegeh menurap jalan raya selicin licinnya kerana Pak Uban akan melalui jalan itu. Walaupun penurapan jalan tersebut tidak panjang namun adalah lebih baik daripada sebelumnya yang macam tongkang pecah. 

Akhir sekali , saya berharap agar Pak Uban tidak menghampakan permintaan saya dan mungkin juga harapan rakyat di Bintulu amnya.  Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan selamat datang.

wassalam.


No comments:

Post a Comment