Penghinaan buat rakyat negeri Sarawak bukan ditujukan kepada negara jiran yang menuntut, namun penghinaan ini adalah ditujukan kepada pemimpin pemimpin rakyat negeri Sarawak sendiri. Ini kerana mereka mereka ini sudah tentu maklum akan isi kandungan mesyuarat di antara 2 buah negara. Mereka ini adalah manusia yang sedang berada di tampuk kuasa. Sudah tentu maklumat yang tepat mudah diperolehi oleh mereka melalui jaringan jaringan informasi yang kuat.
Namun mereka masih memutar belitkan fakta di hadapan rakyat seolah seolah merekalah "hero" yang telah menyelamatkan Limbang dari dituntut oleh negara lain. Ini dapat dibuktikan dengan komen komen mereka dalam surat khabar aliran perdana.
1. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Opengberkata,keputusan Brunei menggugurkan tuntutan wilayah ke atas Limbang akan memacu pembangunan di kawasan sempadan itu secara lebih terperinci dan teratur. (Utusan Malaysia)
2. Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom pula memberitahu, pengguguran tuntutan itu usaha baik dari kerajaan Brunei untuk membina hubungan yang kukuh dengan kerajaan Malaysia.(Utusan Malaysia)
3.Bagi Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dr. James Jemut Masing berkata, beliau mengalukan-alukan tindakan Brunei menggugurkan tuntutan mereka ke atas Limbang. (Utusan malaysia)
Saya tidak menyalahkan rakyat negeri Sarawak itu sendiri atas kenaifan mereka untuk menerima bulat bulat cerita penipuan ini. Ini kerana sebahagian penduduk masih lagi disuapkan dengan media masa aliran perdana. Sebagai contoh, di kawasan kawasan luar bandar terutamanya, jaringan telefon atau internet masih lagi belum wujud. Maka mereka ini berharap dengan TV1, TV2 dan mungkin TV3 dan radio radio aliran perdana bagi meng update kan mereka dengan hal ehwal semasa.
Mereka mereka yang sedang berjalan di atas tampuk kuasa sememangnya sentiasa memandang rendah keatas keupayaan rakyat negeri ini kerana kenaifan mereka dan inilah yang menjadikan mereka lupa dan angkuh akibat terlalu lama di puncak kuasa.
Macam biasa la..sama ada tak faham atau buat-buat tak faham atau buat cerita lain sebab tak faham atau sengaja tak nak faham....
ReplyDelete