Salah satunya ialah jalan yang aku gunakan tiap tiap hari untuk ke kerja. Aku betul betul tak paham bagaimana mereka yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memaintain keadaan jalan raya ni buat kerja. Samaada diorang tak tahu ke jalan raya ni berlubang lubang sampai tahap mencapai status kolam ikan atau pun buat buat tak tahu. Mujurlah rahim isteri aku kuat, kalau tak, tak pasal pasal keguguran akibat tiap tiap hari langgar lubang yang penuh di jalan raya.
Tiap tiap petang jalan raya di tanjung kidurong akan sesak sehingga 4-5 kilometer jauhnya hanya kerana untuk mengelak lubang di jalan raya. Rasanya dah berbakul bakul aduan dibuat kepada pihak yang berwajib dan tindakan telah pun diambil. Bagaimanapun , jalan raya tetap rosak kerana kontraktor yang telah di tawarkan kerja tersebut nak tak nak saja menampal lubang tersebut. Macam menampal lubang gigi..Sakit ati aku! Dua tiga hari lepas tu berlubang balik malah menjadi lebih teruk.
Yang aku menyampah sangat ialah apabila pilihanraya ADUN Sarawak nanti yang dijangka akan diadakan pada masa terdekat ini. Mula la terhegeh hegeh nak turap jalan raya. Kalau boleh dari depan pintu rumah aku sampai pintu opis aku diorang nak turap. Lepas tu kata kerajaan sangat prihatin dengan masalah rakyat. PEGI MAMPUS!!!!! Selama 4 tahun lebih penduduk di sini menderita kerana terpaksa melalui jalan berlubang berlubang tetapi kemudian bila dah dekat pilihanraya baru nak jenguk muka minta simpati undi.
Bagi aku jalan raya Tanjung Kidurong merupakan antara jalan raya terpenting di Malaysia dalam konteks pendapatan negara. Sebabnya di Tanjung Kidurong inilah terletaknya loji pemproses gas cecair asli yang terbesar di dunia dan penyumbang tunggal 5% daripada pendapatan negara. Just imagine, gas ini sahaja sudah menyumbang 5% daripada pendapatan negara! Namun, jalan raya kat sini macam *#@*(*&!
Updated: 2.15pm
Sesak jam 12.30pm. Kenderaan sesak sejauh 4km.
Terdapat kontraktor yang sedang menampal salah satu lubang lubang di jalan tersebut. Aku boleh gerenti seminggu lagi jalan tu pecah balik..Sebab? diorang tampal jalan tu macam tampal gigi je..
hey org bintulu....welcome to blogoshpere...
ReplyDeletekidurong road worst...yeah...i know...