Monday, April 11, 2011

The damage has been done

Pada Sabtu lepas, aku berada di tiga tempat pada pada satu malam..bukan lah aku buat magic cuma nak dijadikan cerita tempat pertama aku ialah makan malam bersama salah seorang ketua UMNO yang kebetulan juga seorang sahabat lama yang baru sahaja datang ke Sarawak. Dia mengajak aku makan malam sedangkan aku punya program lain iaitu menghadiri ceramah KEADILAN di Sebiew. Oleh kerana lama sudah kami tidak berjumpa, aku turutkan juga hasratnya kerana aku juga sudah lama tidak bertemu dengan sahabatku ini. Kami lepak di sebuah kedai makan cina dan mengorder masakan cina. Kemudian kami bertukar cerita tentang keluarga masing masing dan juga sahabat masing masing. Akhirnya tiba lah juga kami pada isu politik. Sebenarnya aku kurang senang untuk berbicara ttg politik dengan sahabatku ini yang juga orang kuat UMNO sedangkan aku adalah penyokong Pakatan Rakyat kerana tidak mahu perhubungan silaturrahim kami tegang kerana politik. Namun beliau juga adalah seorang profesional yang boleh memisahkan isu politik dan silaturahim.

Sahabatku ini cuba memberitahu aku betapa pentingnya UMNO/ BN kepada negeri ini. Pentingnya BN adalah untuk memastikan bahwa bangsa Melayu akan sentiasa maju dan ini penting untuk generasi melayu akan datang. Secara kesimpulannya aku dapat mengatakan bahawa UMNO adalah penting bagi survival org melayu dari segi agama dan ekonominya.

Tibalah pula aku menyatakan perndirian ku ttg fenomena yang berlaku di Sarawak. Dengan berlapisnya aku mengatakan bahwa Sarawak mempunyai sentimennya sendiri. Di Sarawak bukanlah survival bangsa yang menjadi perkara utama kerana di sisni engkau tidak dapat membezakan yang mana satu melayu dan bukan melayu. Susur galur kami sudah bercampur baur dengan bangsa lain sejak beberapa keturunan lamanya. Mungkin yang dapat dibezakan sedikit adalah cina kerana mereka sedikit putih dan sepet dari kami. Itu sahaja. DI sini , apa yang menjadi perkara pokok ialah harta harta kami yang telah dirampas oleh yang berkuasa. Perniagaan perniagaan yang hampir kesemua dibolot oleh kroni kroni. Jurang kekayaan yang sangat lebar. Itulah sentimen kami.

Kemuadian sahabtku berkata, adakah adil kalau Taib yang membuat segala onar maka BN yang menjadi mangsanya? Takkan kau nak menebang satu pokok yang selama ini berbuah dan hanya kerana satu tangkainya buruk, engkau nak tebang kesemuanya.? Aku terdiam sebentar. Kemudaian aku berkata, sahabatku, aku bukanlah anti sangat dengan BN tu, aku masih respek lagi dengan beberapa tokoh UMNO seperti Tengku Razaleigh dan Shahrir Samad. Mereka ini adalah pejuang rakyat. Namun untuk menjawab kenyataan engkau, selama ini Taib dan kroni kroninya membuat onar di atas nama BN. Merampas tanah di atas nama BN. Janji pembangunan kosong di atas nama BN. Maka bagi kami rakyat Sarawak, BN juga akan mendapat tempiasnya. Kenapa tidak dicegah oleh pemimpin peringkat tertinggi BN? kenapa dibiarkan begitu sahaja rakyat menderita? Sekarang semua ini sudah pun terlambat. Inilah dikatakan Collateral Damage. Nak cakap apa pun tak guna. Samada nak tebang pokok atau tak, the damage has been done. Sekarang tibalah masanya untuk menjalankan hukuman. Rakyat sudah muak dengan apa yang ditabur janji.

Apa yang rakyat mahu ialah PERUBAHAN. Rakyat mahu Taib dan BN keluar. Itu sahaja. Semudah itu.

No comments:

Post a Comment