Kemudian kami menunggu ketibaan empunya badan. 7.30, tak nampak lagi, 7.45, belum sampai, 8.00 belum jugak sampai, 8.30 pun masih tak nampak batang hidung dia. kedengaran bunyi rungutan orang ramai yang agak menyesal akan insiden ini kerana adalah lebih baik bagi mereka menyempurnakan tanggungjawab solat mereka dulu.
Pengacara majlis tak habis habis menyatakan "in any minute the guest will arrive" tapi tak juga muncul muncul. Akhirnya dalam jam 8.45, pengerusi majlis memberikan ucapan aluan..Ucapannya melalut , terketar pun ada, terkesima pun ada..bila dia cuba menyentuh pasal politik, semuanya tak menjadi..kalau ada pnyokong pakatan rakyat pada malam tu, maunya terguling guling tergelak atas lantai..
Kemudian aku minta diri untuk chow kerana ada urusan lain. Sesampai aku di Medan raya mata ku meliar mencari ceramah DAP yang dikatakan ada Lim Guan Eng pada malam ini. Namun hampa. Kemudian aku nampak beberpa manusia yang berkumpul di satu tempat, rupa rupanya ceramah BN. Kesian aku tengok. Orang yang berkumpul pun tak sampai 30 orang rasanya. Kerusi pun boleh dikira berapa kerat.
Kemudian aku pergi ke Parkcity. Disana aku mendengar bunyi hingar bingar dan jalan agak jem. Rupa rupanya disitulah tempatnya ceramah DAP. aku mencari parking..hancusss..semuanya penuh..akhirnya jumpa jugak tetapi terpaksa menapak jauh sikit. Aku merapati kawasan tersebut. Kelihatan lautan manusia yang mendengar ceramah dari Teng Chang Kim. Walaupun disampaikan dalam bahasa cina, namun aku dapat melihat orang orang bukan cina juga sanggup berdiri di sana untuk mendengar ceramah tersebut. Saudara Teng juga menyampaikan ucapannya dalam bahasa melayu. Barulah ada bunyi respon sikit dari org bukan cina seperti mengiyakan apa yang dikatakannya. Kemudian, di satu sudut aku melihat org berasak asak seperti meminta autograf. Tekaanku munkin ada artis. Aku merapati kumpulan tersebut. Rupa rupanya mereka ini berebut rebut untuk meminta autograf dari Saudara Lim Guan Eng. Ada yang meminta untuk disain pada patung DAP, CD, Buku dan macam macam lagi. Aku tidak mempunyai apa apa yang boleh ditawarkan untuk disain. Aku melihat bahawa mereka ini semua terlupa bahawa Lim Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri. Mereka terlupa bahawa Ketua Menteri amat susah untuk didekati sepertimana Ketua Menteri di sini. Lim Guan Eng dilihat seperti seorang super star Hong Kong. Malah aku sempat mengambil gambar beliau betul betul dihadapannya.
Kemudian , bila tiba masanya Guan Eng memberi ucapan, orang ramai bersorak gembira seperti melihat Artis AF tak kira cina, melayu, iban, dan macam macam lagi. Walaupun beliau memberi ucapan dalam bahasa cina, namun orang ramai tak kira bangsa tekun mendengar. Kadang kadang diselit dengan bahsa melayu. Org melayu juga bersorak untuk nya. Aku menganggar ada dalam 5 ribu lebih manusia yang mendengar ucapannya malam ini.
Berbanding dengan majlis BN, orang ramai hanya mahu datang sekiranya disajikan dengan makanan, hiburan tetapi dengan majlis Pakatan rakyat , beribu ribu orang datang untuk mendengar, bukan kerana makanan atau hiburan tetapi fakta fakta yang lebih berpijak di bumi nyata. Malah mereka ini semuanya berebut rebut untuk menghukurkan derma kepada Pakatan rakyat. Mereka tidak perlu disogok dengan material. Mereka hanya ingin melihat perubahan di Bumi Kenyalang.
No comments:
Post a Comment