Thursday, April 14, 2011

Cerita Satu Malam

Malam tadi aku pergi menghadiri makan malam BN (?) di salah satu tempat di Bintulu ini. Jangan tanya aku kenapa aku boleh pergi sana. Aku cuma boleh katakan ianya kerana tugas. Tu je. Malam tu agak ramai orang datang. Berbondong bondong manusia masuk ke dalam dalam yang telah disajikan dengan makanan. ada le dalam 700 orang gamak nye..lagipun tempat tu di buat didalam kawasan perumahan maka crowd memang dah dijamin ramai. Aku difahamkan bahawa tetamu jemputan (VVIP) akan datang pada jam 7.15 malam. Pada mulanya ada juga rungutan yang tidak berapa setuju kerana ia diadakan sangat awal kerana ia mangganggu masa Maghrib, namun oleh sebab hajat VVIP ini masih juga mahu diadakan pada jam 7.30 malam , maka diturutkan jua kehendaknya.

Kemudian kami menunggu ketibaan empunya badan. 7.30, tak nampak lagi, 7.45, belum sampai, 8.00 belum jugak sampai, 8.30 pun masih tak nampak batang hidung dia. kedengaran bunyi rungutan orang ramai yang agak menyesal akan insiden ini kerana adalah lebih baik bagi mereka menyempurnakan tanggungjawab solat mereka dulu.

Pengacara majlis tak habis habis menyatakan "in any minute the guest will arrive" tapi tak juga muncul muncul. Akhirnya dalam jam 8.45, pengerusi majlis memberikan ucapan aluan..Ucapannya melalut , terketar pun ada, terkesima pun ada..bila dia cuba menyentuh pasal politik, semuanya tak menjadi..kalau ada pnyokong pakatan rakyat pada malam tu, maunya terguling guling tergelak atas lantai..

Kemudian aku minta diri untuk chow kerana ada urusan lain. Sesampai aku di Medan raya mata ku meliar mencari ceramah DAP yang dikatakan ada Lim Guan Eng pada malam ini. Namun hampa. Kemudian aku nampak beberpa manusia yang berkumpul di satu tempat, rupa rupanya ceramah BN. Kesian aku tengok. Orang yang berkumpul pun tak sampai 30 orang rasanya. Kerusi pun boleh dikira berapa kerat.

Kemudian aku pergi ke Parkcity. Disana aku mendengar bunyi hingar bingar dan jalan agak jem. Rupa rupanya disitulah tempatnya ceramah DAP. aku mencari parking..hancusss..semuanya penuh..akhirnya jumpa jugak tetapi terpaksa menapak jauh sikit. Aku merapati kawasan tersebut. Kelihatan lautan manusia yang mendengar ceramah dari Teng Chang Kim. Walaupun disampaikan dalam bahasa cina, namun aku dapat melihat orang orang bukan cina juga sanggup berdiri di sana untuk mendengar ceramah tersebut. Saudara Teng juga menyampaikan ucapannya dalam bahasa melayu. Barulah ada bunyi respon sikit dari org bukan cina seperti mengiyakan apa yang dikatakannya. Kemudian, di satu sudut aku melihat org berasak asak seperti meminta autograf. Tekaanku munkin ada artis. Aku merapati kumpulan tersebut. Rupa rupanya mereka ini berebut rebut untuk meminta autograf dari Saudara Lim Guan Eng. Ada yang meminta untuk disain pada patung DAP, CD, Buku dan macam macam lagi. Aku tidak mempunyai apa apa yang boleh ditawarkan untuk disain. Aku melihat bahawa mereka ini semua terlupa bahawa Lim Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri. Mereka terlupa bahawa Ketua Menteri amat susah untuk didekati sepertimana Ketua Menteri di sini. Lim Guan Eng dilihat seperti seorang super star Hong Kong. Malah aku sempat mengambil gambar beliau betul betul dihadapannya.

Kemudian , bila tiba masanya Guan Eng memberi ucapan, orang ramai bersorak gembira seperti melihat Artis AF tak kira cina, melayu, iban, dan macam macam lagi. Walaupun beliau memberi ucapan dalam bahasa cina, namun orang ramai tak kira bangsa tekun mendengar. Kadang kadang diselit dengan bahsa melayu. Org melayu juga bersorak untuk nya. Aku menganggar ada dalam 5 ribu lebih manusia yang mendengar ucapannya malam ini.

Berbanding dengan majlis BN, orang ramai hanya mahu datang sekiranya disajikan dengan makanan, hiburan tetapi dengan majlis Pakatan rakyat , beribu ribu orang datang untuk mendengar, bukan kerana makanan atau hiburan tetapi fakta fakta yang lebih berpijak di bumi nyata. Malah mereka ini semuanya berebut rebut untuk menghukurkan derma kepada Pakatan rakyat. Mereka tidak perlu disogok dengan material. Mereka hanya ingin melihat perubahan di Bumi Kenyalang.

Monday, April 11, 2011

The damage has been done

Pada Sabtu lepas, aku berada di tiga tempat pada pada satu malam..bukan lah aku buat magic cuma nak dijadikan cerita tempat pertama aku ialah makan malam bersama salah seorang ketua UMNO yang kebetulan juga seorang sahabat lama yang baru sahaja datang ke Sarawak. Dia mengajak aku makan malam sedangkan aku punya program lain iaitu menghadiri ceramah KEADILAN di Sebiew. Oleh kerana lama sudah kami tidak berjumpa, aku turutkan juga hasratnya kerana aku juga sudah lama tidak bertemu dengan sahabatku ini. Kami lepak di sebuah kedai makan cina dan mengorder masakan cina. Kemudian kami bertukar cerita tentang keluarga masing masing dan juga sahabat masing masing. Akhirnya tiba lah juga kami pada isu politik. Sebenarnya aku kurang senang untuk berbicara ttg politik dengan sahabatku ini yang juga orang kuat UMNO sedangkan aku adalah penyokong Pakatan Rakyat kerana tidak mahu perhubungan silaturrahim kami tegang kerana politik. Namun beliau juga adalah seorang profesional yang boleh memisahkan isu politik dan silaturahim.

Sahabatku ini cuba memberitahu aku betapa pentingnya UMNO/ BN kepada negeri ini. Pentingnya BN adalah untuk memastikan bahwa bangsa Melayu akan sentiasa maju dan ini penting untuk generasi melayu akan datang. Secara kesimpulannya aku dapat mengatakan bahawa UMNO adalah penting bagi survival org melayu dari segi agama dan ekonominya.

Tibalah pula aku menyatakan perndirian ku ttg fenomena yang berlaku di Sarawak. Dengan berlapisnya aku mengatakan bahwa Sarawak mempunyai sentimennya sendiri. Di Sarawak bukanlah survival bangsa yang menjadi perkara utama kerana di sisni engkau tidak dapat membezakan yang mana satu melayu dan bukan melayu. Susur galur kami sudah bercampur baur dengan bangsa lain sejak beberapa keturunan lamanya. Mungkin yang dapat dibezakan sedikit adalah cina kerana mereka sedikit putih dan sepet dari kami. Itu sahaja. DI sini , apa yang menjadi perkara pokok ialah harta harta kami yang telah dirampas oleh yang berkuasa. Perniagaan perniagaan yang hampir kesemua dibolot oleh kroni kroni. Jurang kekayaan yang sangat lebar. Itulah sentimen kami.

Kemuadian sahabtku berkata, adakah adil kalau Taib yang membuat segala onar maka BN yang menjadi mangsanya? Takkan kau nak menebang satu pokok yang selama ini berbuah dan hanya kerana satu tangkainya buruk, engkau nak tebang kesemuanya.? Aku terdiam sebentar. Kemudaian aku berkata, sahabatku, aku bukanlah anti sangat dengan BN tu, aku masih respek lagi dengan beberapa tokoh UMNO seperti Tengku Razaleigh dan Shahrir Samad. Mereka ini adalah pejuang rakyat. Namun untuk menjawab kenyataan engkau, selama ini Taib dan kroni kroninya membuat onar di atas nama BN. Merampas tanah di atas nama BN. Janji pembangunan kosong di atas nama BN. Maka bagi kami rakyat Sarawak, BN juga akan mendapat tempiasnya. Kenapa tidak dicegah oleh pemimpin peringkat tertinggi BN? kenapa dibiarkan begitu sahaja rakyat menderita? Sekarang semua ini sudah pun terlambat. Inilah dikatakan Collateral Damage. Nak cakap apa pun tak guna. Samada nak tebang pokok atau tak, the damage has been done. Sekarang tibalah masanya untuk menjalankan hukuman. Rakyat sudah muak dengan apa yang ditabur janji.

Apa yang rakyat mahu ialah PERUBAHAN. Rakyat mahu Taib dan BN keluar. Itu sahaja. Semudah itu.

LAWAN TETAP LAWAN

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan
mengundi PBB beerti mengundi Taib
mengundi SUPP beerti mengundi Taib
mengundi SPDP beerti mengundi Taib
mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib
kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

Wednesday, April 6, 2011

Demokrasi atau Bodoh?

Nampak gayanya BN akan menang selesa pada PRN Sarawak tahun ini. Ini kerana terlampau banyak parti nyamuk yang datang umpama meraikan pesta darah yang hanya datang sekali dalam 5 tahun. Parti parti BEBAS boleh dikatakan hampir bertanding di semua kawasan. Partipengkhianat SNAP pula bertanding di 27 buah kawasan yang menyebabkan pertandingan lebih dari 2 penjuru.

Orang Sarawak nampak gayanya masih belum sedar dengan realiti bahawa kehidupan mereka dibayangi oleh Taib Mahmud dan kroninya. Walaupun sebelum ini mereka ini jualah yang melaung laungkan anti BN / anti Taib tapi bila datang sahaja PRN mereka juga berlumba lumba untuk bertanding. Objektif asal mereka terus dilupakan iaitu untuk menghumban taib ke dalam bakul sampah sejarah politik. Ada beberapa banyak sebab mengapa parti Bebas ini timbul:

  1. Tidak puas hati dengan kepimpinan parti yang tidak memilih mereka sebagai calon parti.
  2. Inilah masanya untuk menerima habuan dari mana mana parti yang boleh membayar mereka untuk menarik diri.
  3. Salah satu strategi parti untuk memecahkan undi lawan. Sudah tentu pekerjaan ini masyukkk..
  4. Sebab mereka ini bodoh sangat..
Walau bagaimana pun, kepada mereka yang membaca blog ini ingatlah bahawa hanya ada 2 jalan sahaja iaitu perubahan atau tidak. Mana mana mereka yang memilih Parti Bebas maka mereka memilih BN. Perlu diingat formula ini iaitu:

SNAP + PCM +BEBAS = BN

PAS + DAP + PKR = PAKATAN RAKYAT

Tuesday, April 5, 2011

Aduiii..Apa nak Jadi dengan PKR nih..

Suriati PKR tak gentar lawan Taib di Balingian

April 04, 2011

SIBU, 4 April – Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

Sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

“Saya akan akan menumbangkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional negeri.

“Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya,” dakwanya ketika ditemui pemberita selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dipetik Bernama Online, Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

Beliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang merupakan lepasan sekolah menengah, berkata beliau akan menjadikan isu-isu mengenai tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya. (mkini)


**********************************************************************************************************

hahahhahahaha....Apa punya strategi PKR ni? Belum apa apa dah kena downgrade oleh media.

Calon PKR

Suriati

-Peniaga kedai runcit

-Tahap pelajaran sekolah menengah

- Tengok gambar pun tak stim macam Sarah Palin

Lawan

Calon BN

Abdul Taib Mahmud

- Kaya tahap gaban..gaban pun kerja dengan dia jadi bodyguard..lima gaban lagi tu..

- Bini dia masih muda dan cun bangett

- Guna gambar waktu muda muda walaupun dah sebenarnya dah tua bangka


walaupun aku sokong Pakatan Rakyat secara total tapi kalau yang jenis kelas bertanding macam ni..Taib Mahmud pun malu..nasib baik dia ambik Datuk Salleh Jaafarudin bertanding lawan dia jugak..baru nampak royal rumble sikit...hahahhahahahahhah

Apa apa pun all the best to you Kak Su...hahahahahahahaha

Monday, April 4, 2011

Kepada sesiapa yang masih mahu menyokong kezaliman pemimpin mereka, maka renungkanlah sabda junjungan Nabi S.A.W.

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Lagi saekor parasit



BINTULU: Jame Stephen Randi, a 47-year-old businessman, will most likely be an independent candidate and face off with candidates from Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PKR) possibly in a three-cornered battle for Kemena constituency in the coming 10th state election.

The incumbent for Kemena is Dr Stephen Rundi Utom who is also Assistant Minister of Public Health and Utilities.

Jame has tendered his resignation as chairman of Sarawak Dayak National Union (SDNU) Bintulu branch and member of its executive committee.

In his letter of resignation dated April 2, he said: “I have made a vow to the branch members and supreme executive committee of SDNU that I would step down gracefully from the branch chairmanship and member of the supreme executive committee should I play active politics.

“And to fulfil that promise, I am tendering my resignation from the two posts but to remain as ordinary member of the union.”

He explained that he did this as he did not want to drag the union into his political activities.

“I have a firm belief and uphold that Sarawak Dayak National Union is a non-political organisation.

“Though there is no provision in SDNU’s constitution that states a member must resign from his post in the union when the member is running for an election,” said Jame in his letter addressed to the SDNU executive secretary in Kuching.

Thus, the chairmanship of Bintulu branch will be handed over to Anthony Kiai, pending the next election of office-bearers.

“I take this opportunity to thank members of Sarawak Dayak National Union for the confidence and support bestowed on me during my tenure of office and may the same confidence and support be given to my successor,” he said.

Jame owns a business which is based in Kuala Lumpur and he is theeldest grandson of the first Kemena assemblyman and former state cabinet minister, the late Datuk Seri Temenggong Abok Jalin. - Borneo Post Online-

****************************************************************************************************************

Dayak ni tak reti nak berpolitik ke? Balik balik nak buat 3 corner fight. Ni bukannya pertandingan manok sabong jang oii.. Taktik diorang ni senang je..kalau aad rezeki menang nanti, mamat ni akan masuk BN..for sure BN..ngape? sebab masok BN masyukkkkk......hahahhaahhhahah