Tuesday, May 12, 2009

MOHON RESTU RAKYAT - DARI KACAMATA SEORANG RAKYAT

Isu Perak seolah olah tiada kesudahan. Selama 3 bulan Perak di dalam kegelapan. Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional berebut rebut mempertahankan pendirian masing masing bahawa mereka lah yang berkuasa. Dua hari lepas keadaan menjadi agak lega apabila Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah oleh Mahkamah Tinggi. 

Bukan lah maksudnya apabila Nizar di sebelah pihak Pakatan Rakyat mendapat mandat semula oleh mahkamah maka kita semua gembira namun apa yang penting di sini adalah akhirnya persoalan yang bermain di fikiran kita selama ini sudah pun terjawab dan tak kira lah sesiapa sahaja yang mendapat mandat tersebut walaupun sekiranya BN yang memenangi kes mahkamah pada hari itu.   Yang penting perkara tersebut SELESAI.

Namun perkara sebaliknya terjadi. Pihak BN ternyata tidak berpuas hati dan memohon rayuan dan rayuannya diterima oleh pihak mahkamah pada hari yang sama. Seolah olah BN tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan tambahan lagi seboleh bolehnya tidak mahu DUN Perak dibubarkan.

Ternyata semua orang tahu bahawa satu satunya jalan keluar bagi mengatasi kemelut maslah ini ialah dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya diadakan semula. Dengan kata lain, kuasa pemerintahan diserahkan kepada rakyat Perak semula. Tak kira lah sapa yang menang ketika itu samaada BN ataupun Pakatan Rakyat. 

BN hanya seolah olah menjadikan propaganda "MOHON RESTU RAKYAT" hanya sebagai satu retorik semata mata namun realitinya sama sekali tidak mahu kuasa tersebut diserahkan kepada rakyat semula. Bagi pihak PR pula, kita sendiri sudah melihat bagaimana kesediaan pihak PR untuk menyerahkan mandat tersebut kepada rakyat semula apabila Nizar terus memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak bagi membubarkan DUN sebaik sahaja di beri kuasa sebagai Menteri Besar Perak.  Persoalannya disini, siapakah yang lebih ikhlas, BN atau PR? 

Sekiranya faktor siapa yang mengawal dana kerajaan andainya pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, itu bukan lah menjadi satu masalah buat PR kerana sebelum ini pun PR berjaya menduduki negeri negeri yang dikuasai oleh BN sebelumnya. Bukan wang yang menjadi ukuran semata mata, tapi kesedaran dan kematangan pengundi yang paling utama.

1 comment:

  1. Macam biasala...bila dah tersepit baru terngadah..bila susah baru ingat rakyat..

    ReplyDelete